Profil Sekolah:
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Sengayan
Alamat : Nanga Sengayan, 96700, Kanowit, Sarawak.
Email :yba3301@1bestarinet.yes.my
No. Kod : YBA 3301
Lokasi :Pedalaman 1
Pejabat Pelajaran Daerah : Kanowit
Jenis Bantuan :
Kerajaan
Bilangan Guru :14 Orang
Bilangan Staf
Sokongan :8 Orang
Enrolumen Pelajar : 47 Orang
LOKASI SEKOLAH MELALUI GAMBAR SATELIT (Sumber Google Maps 2016) |
Sejarah Sekolah:
SK. Sengayan yang dahulunya dikenali
sebagai Sekolah Rendah Kerajaan
Nanga Sengayan (SKNS) beroperasi sejak 1 Januari 1978 pada ketika itu ianya
terletak ke hilir Pasar
Sengayan.Pembinaannya telah dijalankan dengan oleh PPDK dengan
kerjasama orang-orang tempatan.
Sepanjang tempoh Pentadbirannya
sekolah ini telah beberapa
kali bertukar guru Besar.Bermula dengan En. Wong Leong Kuok (1978-1985).Kemudian
digantikan dengan En. James Angkin Bedindang (1985-1994) dan seterusnya
digantikan oleh Puan Liong Lian Tai (1994-1997).En. Fabian Blong Lago
menggantikan Pn. Liong pada tahun 1997 dan berkhidmat hanya setahun sebelum
digantikan oleh En. Ronnie Alphonsus Rais (1997-2005)
Pada tahun 2005 hingga 2008 En. James
Angkin Bedindang sekali lagi dilantik sebagai guru besar sebelum digantikan
oleh En. Jelani ak Bujang yang memulakan khimatnya pada 2008 hingga 2011 dan
kini beliau bertukar khidmat dengan Guru Besar baru iaitu En. Ahba Bin Ahmad
pada penghujung tahun 2011.En. Ahba meneruskan perjuangan Guru Besar yang
lepas-lepas dengan melakukan penambahbaikan dari pelbagai sudut sehingga
sekarang.
Kini sekolah ini boleh dilalui oleh
jalan darat sejauh 4.8km dari jalan besar yang menuju ke Nibong Tada oleh
kerana jalannya yang teruk menjadikan ia diberi status pendalaman 1.Bilangan
muridnya yang tidak ramai menjadikan ia diberi status SKM Gred A.
Walau bagaimanapun atas kegigihan,
usaha dan pengalaman guru yang ada, membolehkan sekolah ini bergerak seiring
dengan sekolah-sekolah lain.Ini terbukti melalui anugerah-anugerah yang
diterima daripada PPD, JPN dan KPM saban tahun.
No comments:
Post a Comment